Suasana di Kampung
POSTED ON: Monday, September 6 @ 2:11 PM | 0 comments
beshnyaa balik kampung!! tak sabar nak raya =D. lagi berape hari jee nie.
suasana kat kampung ni. indah sangat. tak macam kat bandar. hari-hari sedut asap.
macam-macam asap plak tu. kalau kat kampung nie.
hari-hari sedut udara segar. tambah lagi kalau pagi-pagi.
jangankan asap, bunyi kenderaan pon tak ada. kalau bandar tu mcm nie.
best! pagi-pagi dah sejuk. nak mandi pon kene tunggu tengah hari. brrr.
macam duduk kat tempat sejuk plak kat kampung nie.
banyak pokok, sedap mata memandang. tenang je kat kampung nie.
tambah lagi kalau kat kampung tu ada sawah padi. lagi best. memancing haruan, ikan puyu.
waaaa. rindu saat-saat kat kampungg. boleh panjat pokok manggis, langsat, rambutan.
boleh maen selipar 3, konda-kundi. boleh maen macam-macam permainan kampung.
kalau raya. lagi meriah. sanak saudara balek. boleh gosip, cerita, kongsi macam-macam. haha.
raya? lagi berape hari nie. SELAMAT HARI RAYA SEMUA =).
P/S : away seketika menikmati keindahan kampung :)