CINTA KAU DAN AKU
POSTED ON: Saturday, August 28 @ 12:15 AM | 0 comments
“Situ, Laila! Situ!” Hani menunjukkan jari telunjuknya ke arah sekumpulan lelaki. Yang pasti, ada Daniel di situ. Disekeliling pelajar lelaki tadi ada ramai perempuan garik yang terjerit-jerit macam orang kena histeria. Lagi teruk dari histeria! Disebabkan terlampau ramai yang mengasak, terpaksa bodyguard diorang buat laluan. Hakeley!
“Yang tu ke, Hani? Yang cute-cute tu?” Laila sudah tersenyum lebar.
“Yelah, yang tu! Cute gila kan?” Hani mengiakan kata Laila. Dua-duanya dah terkena angin angau! Aku kat sini pun korang buat tak peduli je?
“Dah la korang. Aku nak balik!” aku mahu terus pulang. Buat apa bersesak-sesak kat tempat ramai orang ni? Tak pasal-pasal kena H1N1 nanti!
Aku melangkah ke arah tempat parkir kereta. Sebelum masuk ke dalam kereta, sempat aku kerling ke arah Daniel. Daniel sedang memandangku sambil tersenyum. Senyuman yang sudah cukup untuk membuatkan diriku menjadi tidak keruan. Kenapa kau mesti mainkan perasaanku, Daniel?
__________________________________________________
“Cepat, cepat! Nanti lambat sampai!” Encik Razlan sudah marah. Mungkin kerana segelintir pelajar yang jalan kalah siput sedut! Ermmm… siput sedut jalan ke? Aku, Hani dan Laila dah lama masuk dalam bas. Aku menaiki bas pertama. Bas untuk pelajar perempuan junior. Bas kedua untuk pelajar lelaki junior. Bas ketiga untuk pelajar senior manakala bas keempat khas untuk tenaga pengajar.
Bas bertolak awal pagi supaya cepat sampai. Sepanjang perjalanan, aku hanya memandang ke luar. Telinga sudah lama disumbat dengan iPod Shuffle. Berpura-pura mendengar lagu sedangkan fikiranku sudah melayang jauh. Sebelum bertolak tadi, aku ternampak Daniel. Dia juga mengikuti perkhemahan ini. Terbit rasa kesal kerana menyertai perkhemahan ini.
“Surprised, huh?” Daniel berkata dengan nada yang perlahan.
“No, I’m not!” aku cuba mengeraskan hati.
“Missed me?” Daniel mengenyitkan mata. Jantungku berdegup laju. Lagi laju dari orang yang baru lari 100 meter! Daniel tahu kelemahanku.
Aku hanya menjeling. Tidak mahu bermain kata dengannya lagi. Takut aku yang kalah nanti. Kakiku melangkah masuk ke dalam bas. Basku berlainan dengan basnya kerana dia seorang senior. Yang paling bengang, geng mangkuk tu pun ada jugak! Hish! Mesti menyusahkan orang punya nanti!
“Yana, Yana…” Hani yang berada di sebelah memberhentikan lamunanku.
“Apa dia, Hani? Dah sampai ke?”
“Belum sampai lagi. Sekarang ni kat R&R. Tu la kau, berangan je yang kau tau!” Hani sudah bangun. Mahu turun dari bas. Aku hanya ikut dari belakang.
Arghh! Sakit gila belakang aku! Duduk kat dalam bas tu lama sangat la. Entah berapa jam kat dalam tu! Baju sejuk masih lagi melekat di badan. Kesejukan berada di dalam bas berpendingin hawa berjam-jam masih lagi terasa.
Semua orang sudah berkumpul di satu sudut. Mendengar apa yang mahu dicakap oleh Encik Razlan, ketua perkhemahan kali ini. Dari jauh, kelihatan Farish dan gengnya termasuk Daniel.
“Okay. Anda semua boleh pergi makan, minum or nk buang toksik sekarang. Dalam masa 30 minit, semua mesti berkumpul di sini. Faham?”
“Faham.” Semua orang menjawab serentak. Masing-masing sudah memulakan langkah.
“Korang, nak Dunkin’ Donuts tak? Aku belanja.” Laila menawarkan diri.
“Baik pulak kau hari ni Laila. Ada apa-apa ke?” aku mengangkat-angkat kening.
“Eii kau ni. Aku nak belanja pun nak tanya. Ok, takpe kalau tak nak.”
“Yelah, yelah. Aku nak. Kau nak tak Hani?” aku bertanya kepada Hani. Hani hanya mengangguk.
“It’s suppose to be big apple and iced tea, right?” suara seorang lelaki kedengaran dari belakang. Suara yang seboleh mungkin atau lebih tepat tak nak dengar langsung pulak kat belakang ni. Hantu betul la!
“Aaaa… Errr… Yana, kau nak big apple dengan iced tea?” Laila tergagap-gagap. Nampak hantu ke hape budak ni?
“Iye… kau nak apa Hani?” aku buat tak peduli Daniel yang sudah menarik kerusi dan duduk di hadapanku. Suka sibuk hal orang.
“Aku nak chocolate donut yang ada sprinkles kat atas dia dengan hot chocolate.” Mulutnya laju memberitahu tapi matanya dah melekat kat Daniel. Ada apa sangatlah ada kat Daniel tu?
“Okey, korang tunggu kat sini. Aku pergi beli kat sana kejap. Ermmm… awak nak apa-apa?” Laila bertanya kepada Daniel. Mungkin serba-salah kepada Daniel.
“It’s okay.” pendek jawapannya. Masih tidak berganjak dari tempatnya. Ish! Pergilah! Laila sudah pergi ke arah kedai Dunkin’ Donuts.
“Guys, I nak pergi ladies kejap ye.” Hani bangun dari kerusi dan menuju ke tandas perempuan. Aik? Sejak bila dia ber’I’ ni?
“Still don’t want to talk to me?” Daniel memulakan perbualan.
“Nothing to talk about.” Aku menjawab selamba sambil mata memandang sekeliling. Hish! Cepatlah datang Hani.
“I know you mad at me.”
“Kalau dah tau buat apa tanya lagi!” aku sudah mula hilang sabar. Sakit hati teringatkan kisah lama.
“Sorry guys, lambat sikit.” Hani mematikan perbualan antara aku dan Daniel. Daniel sekadar tersenyum.
“I kena pergi sekarang. Sorry kalau ganggu you all tadi.” Daniel sudah mahu pergi.
“Eh, takde la. You tak kacau pun. We all free je tadi.”
“Takpe la. Lain kali kita jumpa lagi. I got to go now.” Daniel melangkah pergi ke arah sebuah meja yang berada jauh dari mejaku tadi. Meja yang ada alien-alien dari planet Marikh!
“Nah, ambik kau donat ni!” Laila datang membawa sekotak donat dan air yang telah dipesan. Kesian jugak aku tengok dia ni. Dah la dia yang belanja, dia jugak yang kena angkat semuanya.
“Mak kau Laila! Sekotak kau bawak? Kau nak bagi alien mana makan ni?” Hani sudah berkerut-kerut mukanya.
“Segala bagai nenek moyang donat kau beli, Laila? Mana kiteorang larat nak habiskan semuanya!” aku menyokong Hani. Mau kenyang dua hari makan donat saje!
“Aku tak kesah. Yang penting korang kena habiskan jugak!” Laila memberikan kata putus. Ni bukan kes belanja orang makan. Ni belanja sambil memaksa orang makan! Aku memberi signal kepada Hani. Keningku diangkat-angkat beberapa kali. Hani hanya berkerut sambil mengangkat bahu.
“Yelah. Dah, apa tunggu lagi? Melantak la!” aku sudah mengambil sebiji donat dan disuapkan ke mulut. Hani dan Laila turut mengambil donat masing-masing.
Lepas satu, satu donat masuk ke dalam mulutku. Sedap jugak kan? Dah lama tak makan donat ni. Aku kunyah, aku sedut. Kunyah, sedut, kunyah, sedut.
“Weyh… aku tak larat dah ni. Perut aku dah naik kembung dah makan banyak sangat. Silap-silap nanti kena cirit-birit la gamaknya.” Aku mengangkat kedua belah tangan tanda surrender.
“Aku pun sama jugak. Meletup jugak perut aku ni karang!” Hani juga menyerah kalah. Tak sanggup nak makan donat lagi. Trauma dengan donat setahun!
“Aku pun dah kenyang jugak. Dah tu, siapa nak habiskan ni? Membazir je kalau buang.”
Tetiba idea datang menerjah otakku. Hehehe… cari mangsa!
“Ery, meh sini jap.” Aku memanggil Ery, kawan sekelas denganku.
“Apa dia?”
“Aku bukannya apa Ery… Tapi aku nampak kau ni macam orang kebulur dah aku tengok.” Idea jahat dah tiba!
“Aku? Aku kebulur? Kau ni kena pakai spec la Yana!”
“Dah la, aku tau kau lapar kan? Nah kau ambik ni. Pergi makan jauh-jauh.” Aku menghulurkan kotak donat tadi kepada Ery. Tanganku menghalau Ery seperti menghalau kucing.
“Ehh… aku ta…” belum sempat Ery membalas aku sudah memotong.
“Tak de pape la Ery. Sama-sama. Daaaa…” aku menarik tangan Hani dan Laila menuju ke arah bas meninggalkan Ery yang terpinga-pinga keseorangan.
“Kau ni jahat betul la Yana. Yang kau pergi paksa dia tu kenapa?” Hani menunjukkan riak tak puas hati.
“Dah tadi kata tak nak membazir. Aku ‘sedekah’ la kat Ery tu. Dapat jugak pahala.”
“Pahala tuk janggut kau!”
“Dah la, jom naik bas.”
___________________________________________________________
“Bertindak dengan pantas! Cepat! Terhegeh-hegeh lagi kat dalam tu kenapa?” Encik Razlan bersuara tegas. Sudah sampai ke destinasi yang dituju. Kalau lagi sepuluh minit aku duduk kat dalam bas ni mau terbakar punggung aku dibuatnya.
Aku turun dengan membawa begku. Takde la banyak sangat, ada satu beg baju + beg sandang aku dengan sleeping bag yang dah tak muat masuk kat dalam beg baju. Terpaksa la pegang.
“Yana! Tolong aku!” jerit Laila dari jauh. Mak bapak kau! Bawak beg banyak-banyak buat apa?
“Ape ke hal kau bawak beg bapak banyak ni? Beg branded segala lagi kau bawak. Kau nak berniaga ke hape?”
“Dah barang aku banyak, aku bawak la tiga beg. Tolong aku angkat satu.” Laila buat muka kesian.
“Kau ingat kita nak pergi hotel lima bintang ke hape? Kita ni nak camping cik Laila oii! Mana ada orang bawak beg banyak-banyak pergi camping!
“Kau bukannya nak cakap kat aku!”
“Benda ni tak payah cakap. Pengetahuan am la ngok!” aku mengetuk kepala Laila. Sebuah beg Laila aku ambil. Kesian tengok dia angkat sesorang.
“Thanks Yana. Sayang kau lebih!” Laila tersenyum. Aku terus melangkah pergi. Kat mana diorang ni nak pasang khemah hah?
“Want me to help you?” Daniel bersuara. Ish dia ni! Kat mana-mana mesti ada muka dia. Pasang hantu ke hape?
“No, it’s okay.”
“Give me that.” Dia merampas beg bajuku. Aku hanya mendiamkan diri. Nak berebut? Buat malu kat orang je la.
“Guys, berkumpul.” Encik Razlan separuh menjerit.
“Bak balik la beg tu. Saya bawak. Saya nak pergi sana.” Aku meminta balik beg bajuku. Dia beri tanpa banyak soal.
“Okey, semua dah berkumpul?” Encik Razlan bertanya. “Ada sesiapa yang sesat?”
“Semua dah berkumpul.” Entah dari mana datangnya suara itu. Malas nak ambik tau. Yang aku tau nak mandi sekarang ni. Dah berpeluh sakan badan aku ni!
“Sekarang ni pelajar perempuan punya port dekat sebelah kanan saya. Perempuan sahaja! Saya tak tau pulak kalau ada pondan dekat U ni!” Encik Razlan bersuara tegas. Ada yang tergelak kecil.
“Sebelah kiri ni pulak port lelaki. Perempuan dilarang masuk! Saya akan buat satu garisan dekat tengah-tengah sini.”
“Okey, sekarang ni kamu semua boleh pasang khemah masing-masing. Sebelum tu cari partner sekhemah kamu dulu. Satu khemah hanya boleh ada dua orang. Saya dah sediakan khemah kat sana, awak semua pergi ambil sendiri.” Encik Razlan menunjukkan jarinya ke arah khemah.
“Yana, aku nak satu khemah dengan kau, boleh? Hani dengan orang lain.” Laila membuat muka kesian.
“Aku no hal je. Jom pergi ambik khemah.” Kakiku meluru ke arah khemah yang berimbun-timbun. Nak kena rebut khemah yang cantik-cantik ni!
Tanganku memilih-milih khemah yang ada. Aku memberi isyarat supaya Laila mencari di bahagian sana. Kena cari yang elok-elok. Maunya dapat khemah yang zaman Tuk Kaduk punya… eiii…. tak nak aku!
“Ish! Mana khemah yang cantik-cantik ni?” tanganku masih ligat mencari khemah yang sesuai dan selesa. Hah! Ni dia! Perfect! Bila tanganku baru nak ambil khemah tadi, tiba-tiba ada orang pegang dulu. Nak tarik dari aku pulak tu!
“Wehh, aku yang pegang dulu ni!” Aku cuba menarik balik khemah aku. Khemah aku ke? Kalau ikut logik, memang khemah aku sebab aku yang pegang dulu. Ya! Memang khemah aku!
“Kepala kau! Ni khemah aku dulu!” suara garau yang pernah menyakitkan telingaku dulu. Bukan dulu je! Sampai bila-bila akan tetap menyakitkan telinga aku!
“Kau ni memang tak pernah puas hati dengan aku, kan? Semua benda aku punya semua pun kau nak!”
“Ikut suka hati aku la! Kau sibuk pehal?”
“Aku sibuk sebab ni khemah aku!” aku menarik khemah tadi dengan kuat. Hahaha… dapat jugak khemah ni kat aku!
“Kurang ajar punya pompuan!” dia menjerit kuat. Aku pekakkan telinga. Dah tak larat nak bergaduh dengan mamat sewel tu.
“Jom blah Laila. Aku cari port baik punya nanti.” Aku mengajak Laila mendirikan khemah. Aku perlu mandi! Aku dah panas dah ni!
“Ermmm… Yana…” Laila memanggilku.
“Apa kebendenya?”
“Aku… aku… aku tak reti pasang khemah!” Laila malu-malu. Patunya dah tua bangka macam ni harus reti pasang khemah dah. Dia ni pulak yang tak reti.
“Nasib kau baik la hari ni. Takde hal la. Setakat pasang khemah, kat hujung jari aku ni je!” hahaha… nak belagak la tu Yana!
“Meh sini tolong aku keluarkan benda kejadah ni dulu. Lepas tu aku pasangkan.” Aku meminta tolong Laila.
_____________________________________________________
“Siap! Kacang putih je pasang khemah ni!” aku mengelapkan tanganku yang berpasir pada baju. Sangatlah bagus Encik Razlan pilih tempat. Betul-betul depan sungai. Bukan main sejuk dah sekarang ni!
“Terer la kau Yana. Kalau aku nak pasang khemah, tunggu tujuh hari tujuh malam pun belum tentu siap lagi!”
“Tu la kelebihannya kalau selalu pergi camping. Benda ni asas je. Kalau kau rajin pergi camping, nanti kau pandai la nak pasang khemah!” aku cuba menarik minat Laila untuk berkhemah lagi.
“Yelah kan… nanti aku nak selalu-selalu pergi campinglah!”
“Wei Laila… kau tak nak mandi ke? Aku nak mandi la. Badan aku dah melekit gila dah ni!” aku mengajak Laila untuk mandi. Kalau tunggu lama lagi, ramai oranglah yang boleh bau aku yang ‘harum semerbak’ dah ni. Minyak wangi pun dah hilang kesannya.
“Tu la pasal. Aku pun nak mandi jugak. Jom pergi ajak Hani.”
“Tak payah nak ajak. Kat sebelah ni je pun!” aku melangkah ke arah khemah Hani yang berada di sebelah kananku.
“Woi Hani! Jom pergi mandi. Aku dengan Laila nak pergi dah ni!” aku memanggil dari luar khemah. Skema betul budak ni! Awal-awal lagi dah duduk dalam khemah.
“Kejap. Tunggu aku. Aku nak geledah baju aku kejap!” Hani bersuara dari dalam. Aku kembali ke khemah untuk mengambil kain tuala. Laila juga begitu. Cuma dia membawa baju juga. Aku hanya mendiamkan diri.
“Dah. Jom blah!” Hani sudah pun keluar dari khemah.
“Bilik airnya mana Yana? Aku tak nampak batang hidung bilik air pun!” Laila merungut. Bilik air pun ada batang hidung ke? Batang paip ada la!
“Tu la kau! Buta sangat apa kes? Tu kat depan bukan main besar bilik airnya, pun kau tak nampak jugak?”
“Kat mana? Cakap betul-betul la! Aku tak tau kat mana ni!”
“Tu hah! Kat sana tuh!” aku menjuih-juihkan bibir. Dalam hati dah tak tahan nak gelak. Mesti terkejut beruk punya buadak dua orang ni!
“Mana?” Laila sudah naik juling bijik mata mencari bilik air.
“Kau sungai depan tu la ngok ngek! Hahahahaha…” aku ketawa kuat. Hani dan Laila sudah buat muka berkerut. Sampai pucat-pucat mukanya.
“Hah?! Gila ke mandi dekat sungai ni? Ramai orang la!” Hani bersuara kuat. Mukanya masih berkerut.
“Kena la tanya dengan Encik Razlan dulu boleh mandi ke tak. Aku dah tak sabar-sabar nak mandi dah ni! Dah lama tak mandi sungai! Best wooo…”
Aku, Hani dan Laila melangkah ke arah Encik Razlan. Hani dan Laila tak habis-habis menyumpah-nyumpah.
“Encik Razlan, kiteorang nak mandi. Boleh tak mandi kat sungai depan tu?” aku meminta kebenaran. Tak boleh la buat suka hati je. Maunya lagi ada ramai budak laki kat sini. Buat naya je tu!
“Ermmm… kejap ye.” Encik Razlan berdiri.
“Okey, girls semua berkumpul dekat sini.” Encik Razlan mengarah. Semua pelajar perempuan berkumpul depan dia.
“Kamu semua boleh mandi sekarang. Takpe, jangan risau. Saya akan bawak semua pelajar lelaki pergi dekat hujung sana tu. Semua tenaga pengajar wanita akan menjaga kawasan ni. Tapi, kamu boleh mandi selama dua puluh minit sahaja. Selepas dua puluh minit, semua pelajar lelaki akan datang ke sini balik. Itu masalah awak kalau diorang semua nampak, ye.” Panjang lebar Encik Razlan menerangkan. Yang lelaki semua dah buat muka gatal. Bongok!
“Okey, boleh pergi sekarang.” Semua pelajar kembali ke khemah. Mengambil kain tuala mungkin.
“Dah, korang pergi simpan dulu baju tu. Aku tunggu kat sini. Aku nak terjun terus dengan baju ni. Malas nak salin kain batik segala.” Hani dan Laila hanya menurut. Kaki mereka melangkah ke arah khemah maing-masing.
“Dah, jom mandi.” Hani bersuara setelah menyimpan baju.
“Yahoo!” aku terus melompat ke dalam sungai selepas membuka tudung. Air memercik kena pada Hani dan Laila.
“Yana!!!!” serentak Hani dan Laila menjerit. Hehehe…
______________________________________________
Selesai mandi, aku mengelap badan yang basah. Hani dan Laila masih marah lagi. Ala, kejap lagi baik la tu. Aku masuk ke dalam khemah untuk menyalin baju. Lagi lima minit. Baik cepat-cepat tukar sebelum diorang datang.
Selepas memakai baju, aku mencari-cari tudung aku. Kat mana pulak tudung aku ni? Berjalan sendiri ke? Bila masa tudung aku ada kaki? Zip khemah kubuka untuk mencari Hani dan Laila. Mana tau diorang nampak.
“Hani, Laila, nampak tudung aku tak? Aku lupa la aku letak kat mana.” aku bertanya sejurus zip khemah dibuka.
Mak kau! Cepat bebenar diorang ni sampai! Semua budak lelaki sudah tersenyum-senyum. Kain tuala yang masih berada di bahu terusku tarik sehingga menutup bahagian rambut. Mana pulak perginya tudung aku ni?
“Wei korang, nampak tudung aku tak?” aku bertanya kepada Hani dan Laila.
“Mana aku tau. Tadi beria sangat terjun cepat-cepat siapa suruh?” Laila membalas.
“Woi minah-minah! Cepat la sikit. Kiteorang di sini pun nak mandi jugak.” Suara sumbang seorang lelaki menusuk telingaku. Suara siapa lagi kalau bukan suara jantan yang tak habis-habis nak gaduh dengan aku!
“Sabar la bongok!”
“Tak puas mandi lagi ke? Nak join kiteorang mandi sama?” dia masih menyakat. Mukaku sudah merah padam. Hah! Tu dia tudung aku! Kat atas batu sana!
Aku segera mengambil tudungku.
“Nak mandi sangat kan? Ambik kau!” aku menolak tubuhnya sehingga dia terjatuh ke dalam sungai. Ambik kau!