I ♥ MALAYSIA!
POSTED ON: Monday, August 30 @ 11:16 PM | 0 comments
MERDEKA! ape itu? maksudnye bebas!!
esok genaplah 53 tahun MELAYU, CINA, INDIA & kaum-kaum di MALAYSIA menyambut keMERDEKAan!
sudah berpuluh tahun kite bebas dari sebarang jajahan pengganas.
syukur alhamdulillah MALAYSIA aman dari sebarang ancaman.
engat sejarah? hee. para pejuang terpaksa berjuang demi tanah air tercinta ini?
sehingga sanggup korban nyawa diri sendiri semate-mate nak merMERDEKAkan tanah melayu.
ouh! kalau diingatkan. sungguh bersyukur dilahirkan di zaman sekarang.
tak ada merasa zaman perang. banyak keperitan dan kesusahan yang dihadapi.
walau ape pon berlaku. saye tetap sayangg MALAYSIA saye!
MALAYSIA~ oh tanah airku.. tanah temmpat tumpah darahku. *nyanyi. haha

Haiwan di Blogg
POSTED ON: @ 8:26 PM | 0 comments
hey! selame berjalan-jalan di bleogg orang lain nie. terase best plak..
bace entry mereka, chat DLL. tapi ada 1 tempat nie tak akan lupe untuk di singgah.
especially kalau kat belog diorg tu ada haiwan. haiwan peliharaan. konon. haha
haiwan tu setakat nie baru jumpe dua jenis je. hamster dengan ikan. nape kuat makan yee?
asyk makann je. tapi ada lawak cikit sebab haiwan-haiwan tu ikot je mane mouse click nie pergi. ngee.
terutama hamster. hahaa. dah la comel. tapi nak makann jee. tapi tak gemok-gemok gak kann.
time tu. suke sangat tgk dea rollkan coaster kat kandang dea. laju jee.. excercise la tu.
tgk! macamm ini laa. terase nak main cmtu plak. sebab tgk hamster nie maen. best la pulak =).
pastu kalau klik kat dea mst ada keluar makanan. kuat makan. naseb baek seekor je. heee.
kalau ikan ponn samee. tapi ikan nie banyak lebih dari 1. kalau nak makan kene berebut.
haaa! ikan nie laa. cantek kan? tapi kat belogg tu wane oren je. tak ada campur warna.
ikan ni lagi kuat makann. tapi akuarium ikan nie kecik jee. sian ikan-ikan ni. hahaaa
terpakse klik banyak-banyak supaye ikan-ikan tu dapat makanan. ahaha. prihatin tak saye ??
kesimpulannya. kalau saye singgah belogg awak tu. jangan riisau. mesti bg makan punye.
kalau yg tak ada pets kat belogg tu. tak ape. saye tetap singgah juge =).
setiap belogg kan ada keistimewaan masing-masing. tak begitu?
kalau ada dua entertainment ini. terase macam ada pets sendiri je ^__^.
p/s ; saye ade dua kucen dan seekor ikan guppy :)

SHOPING-SHOPING-SHOPING
POSTED ON: Sunday, August 29 @ 10:02 PM | 0 comments
1st time pakai ini tudung seria.*eh? betul ke ejaan? huhu.
pelik kan? dah la muke bulaat. hahaa. terase laen macam je laa =D
PENATTTT!! shoping-shoping di epoh. ngeeeee ^__^
seharian berjalan di merate tempat. *alaaa, empat tempat je. tu pon penat. hahaa
penat la. kalau tak puasa tak adala penat sebab boleh minum, singgah makan kan?
ini dengan perut kosong ditambah dengan dahaga. woo. memang rase nikmat.
1st. sesudah sampainye di ipoh. pergi la ke Butik First Lady. cari adek bongsu punye baje kurung.
habiskan mase dekat sejam cari baju dea. last-last. dea taknak semua baju kat butik tu.
sebab dea kata tak lawa. adoii. punye lawa baju kat situ dea kata tak lawa. pelik-pelik je.
leepas tu singgah The Store sebab nak cari baju raye.--> seluar dengan baju baru.
hohoii. mane acii. adek-adek dapat banyak baju. sayaa? seluar jeanss jee. *jeless =.=`
banyak jugakk SALE! tapi agak kurang orang berbanding tahun lepas.
selalu tarikh-tarikh macam nie. orang dah ramai carikan anak-anak baju.
tapi tadi sikit je orang. mama kata maybe nak tunggu kerajaan bg RM500 1 haribulan nie kot. =)
ouhh~! lepas itu pergilah bazar area GM tu. cari baju budakk kecik tu lagi. tak jumpe jugak.
adek lelaki tu yang dapat baju. wane ungu. ngeee. cantek. nie yg jeles nie. ehaaaa!
then masuk kat GM! hohoo. operasi cari kasut! ngee. pattern lawa-lawa.
tapikan, tak ada saiz laa. tu laa nadeaa. kecik sangat kaki. SAIZ 4. haha. kecik kan? huhu =)
geram sangat tak dapat cari kasut. ajak mama pergi jusco. maaf yee menyusahkan mama.
cari kat Vincci , Modani & kedai kasut yang ada kat jusco tu. takada jugak kasut. semua tak ada saiz.
mama je yang dapat beli kasut favourite dea. aiyoo. dengkinyee saye mama dah dpt kasut dea.
last-last masuk kat supermarket jusco tu. nah! banyak pilihan. kalau dari awal tau ada kat dalam tu.
tak payah melilau cari kat butik kasut kan? kan dah buang mase cari kasut tu semua tapi tak jumpe. huh.
last-last jumpe gak. mama kata cantik =). tu pon saiz last. saiz 4. huhuu. nak warne hijau tapi tak ada.
dapat yang same pattern pon jadi la. dah penat nak mencari.
TARAAA!!! boleh tahan kan? wuuu. search yg cantek-cantek sebelum nie tak ada saiz. huhuu
dapat ni pon dah bersyukur sangat =). eh?? ada tak sape-sape yang same macam ini? haha
sorry guyss. tak tiruu. kalau tersame tu. kire can-go-lah. yee? weee~

HIDUP TAK SELALUNYE INDAH =)
POSTED ON: @ 12:14 AM | 0 comments
bile kite ade sape-sape.. kite mesti lupekan seseorang pada masa tu. tak kesah la sape-sape pon.
orang tu mungkin kawan, teman atau yang istimewa.
tapi ada juge yang ingat setiap mase. kat mane-mane, bile-bile =)..
bile kite dah excited tu. kite mesti akan terperasan sekejap.
tak lame pon. kejap je. tapi kalau lame tu. hee. faham-faham la ;).
kadang-kadang. hidup kite nie mesti macam-macam rintangan dan dugaan.
mampukah mengharungi semua itu? mestilah.
sebab ape? sebab kite tabah dalam tempuhi dugaan yg diberi. betul tak?? hehe ^__^
mungkin dugaan itu. ada hikmah disebaliknye. cuma kite je yg tak tahu. kan-3? yeahh! =D
boleh bayangkan tak kalau hari-hari hidup ini ibarat pelangi.
sentiasa gembira tak terkata tanpa apa-apa halangan. mesti best kan :).
boleh jadi gile tak kalau cmtu? hari-hari hepy. sedih, marah, kecewa semua tak ada. heheee
bestnyeeee~ kalau macam tu kan. tak ada kecewa,terluka,terase,menangis hari-hari.
tidak begitu. tapi selalunye tak akan jadi macam itu.
mane mungkin la kan =). sebab kite ade lelaki dan perempuan.
ada yang berbeza agama, bangsa, budaya. mestilah akan ada suka dan duka.
dalam hidup kite macam-macam kenangan. masih ingat tak?
mestilah kan. tambah-tambah lagi kalau kenangan itu yg menyeronokkan, yg paling dahsyat berlaku.
andai boleh putarkan balek semua kenangan tu. mesti best kan. wee~.
zasss!! kita kembali ke mase lampau! hahaaa. *sengal ini budakk.
kalau dapat macam itu. nak kembali ke zaman form 3. best sgt =).
dengan kawan-kawan yg otak macam gile tahap gaban,yg mcm kura-kura DLL.
dengan cikgu yg selalu marah dan mengenakan denda yg menyeronokkan. fuhh!! tak boleh lupa.
tapi tu semua hanya kenangan. tak mungkin dapat macam dulu lagi. tidak akan dapat.
sebab? masing-masing kelas lain-lain. amek jurusan masing-masing.
walaupun kelas sebelah-sebelah. tapi semua tu tak same macam dulu.
pemikiran semakin matang. usia semakin meningkat dan sebagainye.
tapi walau apepon. kite kene bersyukur sebab kite ade hidup yang orang lain tak ada. 'o,-

CINTA KAU DAN AKU
POSTED ON: Saturday, August 28 @ 12:15 AM | 0 comments
“Situ, Laila! Situ!” Hani menunjukkan jari telunjuknya ke arah sekumpulan lelaki. Yang pasti, ada Daniel di situ. Disekeliling pelajar lelaki tadi ada ramai perempuan garik yang terjerit-jerit macam orang kena histeria. Lagi teruk dari histeria! Disebabkan terlampau ramai yang mengasak, terpaksa bodyguard diorang buat laluan. Hakeley!
“Yang tu ke, Hani? Yang cute-cute tu?” Laila sudah tersenyum lebar.
“Yelah, yang tu! Cute gila kan?” Hani mengiakan kata Laila. Dua-duanya dah terkena angin angau! Aku kat sini pun korang buat tak peduli je?
“Dah la korang. Aku nak balik!” aku mahu terus pulang. Buat apa bersesak-sesak kat tempat ramai orang ni? Tak pasal-pasal kena H1N1 nanti!
Aku melangkah ke arah tempat parkir kereta. Sebelum masuk ke dalam kereta, sempat aku kerling ke arah Daniel. Daniel sedang memandangku sambil tersenyum. Senyuman yang sudah cukup untuk membuatkan diriku menjadi tidak keruan. Kenapa kau mesti mainkan perasaanku, Daniel?
__________________________________________________
“Cepat, cepat! Nanti lambat sampai!” Encik Razlan sudah marah. Mungkin kerana segelintir pelajar yang jalan kalah siput sedut! Ermmm… siput sedut jalan ke? Aku, Hani dan Laila dah lama masuk dalam bas. Aku menaiki bas pertama. Bas untuk pelajar perempuan junior. Bas kedua untuk pelajar lelaki junior. Bas ketiga untuk pelajar senior manakala bas keempat khas untuk tenaga pengajar.
Bas bertolak awal pagi supaya cepat sampai. Sepanjang perjalanan, aku hanya memandang ke luar. Telinga sudah lama disumbat dengan iPod Shuffle. Berpura-pura mendengar lagu sedangkan fikiranku sudah melayang jauh. Sebelum bertolak tadi, aku ternampak Daniel. Dia juga mengikuti perkhemahan ini. Terbit rasa kesal kerana menyertai perkhemahan ini.
“Surprised, huh?” Daniel berkata dengan nada yang perlahan.
“No, I’m not!” aku cuba mengeraskan hati.
“Missed me?” Daniel mengenyitkan mata. Jantungku berdegup laju. Lagi laju dari orang yang baru lari 100 meter! Daniel tahu kelemahanku.
Aku hanya menjeling. Tidak mahu bermain kata dengannya lagi. Takut aku yang kalah nanti. Kakiku melangkah masuk ke dalam bas. Basku berlainan dengan basnya kerana dia seorang senior. Yang paling bengang, geng mangkuk tu pun ada jugak! Hish! Mesti menyusahkan orang punya nanti!
“Yana, Yana…” Hani yang berada di sebelah memberhentikan lamunanku.
“Apa dia, Hani? Dah sampai ke?”
“Belum sampai lagi. Sekarang ni kat R&R. Tu la kau, berangan je yang kau tau!” Hani sudah bangun. Mahu turun dari bas. Aku hanya ikut dari belakang.
Arghh! Sakit gila belakang aku! Duduk kat dalam bas tu lama sangat la. Entah berapa jam kat dalam tu! Baju sejuk masih lagi melekat di badan. Kesejukan berada di dalam bas berpendingin hawa berjam-jam masih lagi terasa.
Semua orang sudah berkumpul di satu sudut. Mendengar apa yang mahu dicakap oleh Encik Razlan, ketua perkhemahan kali ini. Dari jauh, kelihatan Farish dan gengnya termasuk Daniel.
“Okay. Anda semua boleh pergi makan, minum or nk buang toksik sekarang. Dalam masa 30 minit, semua mesti berkumpul di sini. Faham?”
“Faham.” Semua orang menjawab serentak. Masing-masing sudah memulakan langkah.
“Korang, nak Dunkin’ Donuts tak? Aku belanja.” Laila menawarkan diri.
“Baik pulak kau hari ni Laila. Ada apa-apa ke?” aku mengangkat-angkat kening.
“Eii kau ni. Aku nak belanja pun nak tanya. Ok, takpe kalau tak nak.”
“Yelah, yelah. Aku nak. Kau nak tak Hani?” aku bertanya kepada Hani. Hani hanya mengangguk.
“It’s suppose to be big apple and iced tea, right?” suara seorang lelaki kedengaran dari belakang. Suara yang seboleh mungkin atau lebih tepat tak nak dengar langsung pulak kat belakang ni. Hantu betul la!
“Aaaa… Errr… Yana, kau nak big apple dengan iced tea?” Laila tergagap-gagap. Nampak hantu ke hape budak ni?
“Iye… kau nak apa Hani?” aku buat tak peduli Daniel yang sudah menarik kerusi dan duduk di hadapanku. Suka sibuk hal orang.
“Aku nak chocolate donut yang ada sprinkles kat atas dia dengan hot chocolate.” Mulutnya laju memberitahu tapi matanya dah melekat kat Daniel. Ada apa sangatlah ada kat Daniel tu?
“Okey, korang tunggu kat sini. Aku pergi beli kat sana kejap. Ermmm… awak nak apa-apa?” Laila bertanya kepada Daniel. Mungkin serba-salah kepada Daniel.
“It’s okay.” pendek jawapannya. Masih tidak berganjak dari tempatnya. Ish! Pergilah! Laila sudah pergi ke arah kedai Dunkin’ Donuts.
“Guys, I nak pergi ladies kejap ye.” Hani bangun dari kerusi dan menuju ke tandas perempuan. Aik? Sejak bila dia ber’I’ ni?
“Still don’t want to talk to me?” Daniel memulakan perbualan.
“Nothing to talk about.” Aku menjawab selamba sambil mata memandang sekeliling. Hish! Cepatlah datang Hani.
“I know you mad at me.”
“Kalau dah tau buat apa tanya lagi!” aku sudah mula hilang sabar. Sakit hati teringatkan kisah lama.
“Sorry guys, lambat sikit.” Hani mematikan perbualan antara aku dan Daniel. Daniel sekadar tersenyum.
“I kena pergi sekarang. Sorry kalau ganggu you all tadi.” Daniel sudah mahu pergi.
“Eh, takde la. You tak kacau pun. We all free je tadi.”
“Takpe la. Lain kali kita jumpa lagi. I got to go now.” Daniel melangkah pergi ke arah sebuah meja yang berada jauh dari mejaku tadi. Meja yang ada alien-alien dari planet Marikh!
“Nah, ambik kau donat ni!” Laila datang membawa sekotak donat dan air yang telah dipesan. Kesian jugak aku tengok dia ni. Dah la dia yang belanja, dia jugak yang kena angkat semuanya.
“Mak kau Laila! Sekotak kau bawak? Kau nak bagi alien mana makan ni?” Hani sudah berkerut-kerut mukanya.
“Segala bagai nenek moyang donat kau beli, Laila? Mana kiteorang larat nak habiskan semuanya!” aku menyokong Hani. Mau kenyang dua hari makan donat saje!
“Aku tak kesah. Yang penting korang kena habiskan jugak!” Laila memberikan kata putus. Ni bukan kes belanja orang makan. Ni belanja sambil memaksa orang makan! Aku memberi signal kepada Hani. Keningku diangkat-angkat beberapa kali. Hani hanya berkerut sambil mengangkat bahu.
“Yelah. Dah, apa tunggu lagi? Melantak la!” aku sudah mengambil sebiji donat dan disuapkan ke mulut. Hani dan Laila turut mengambil donat masing-masing.
Lepas satu, satu donat masuk ke dalam mulutku. Sedap jugak kan? Dah lama tak makan donat ni. Aku kunyah, aku sedut. Kunyah, sedut, kunyah, sedut.
“Weyh… aku tak larat dah ni. Perut aku dah naik kembung dah makan banyak sangat. Silap-silap nanti kena cirit-birit la gamaknya.” Aku mengangkat kedua belah tangan tanda surrender.
“Aku pun sama jugak. Meletup jugak perut aku ni karang!” Hani juga menyerah kalah. Tak sanggup nak makan donat lagi. Trauma dengan donat setahun!
“Aku pun dah kenyang jugak. Dah tu, siapa nak habiskan ni? Membazir je kalau buang.”
Tetiba idea datang menerjah otakku. Hehehe… cari mangsa!
“Ery, meh sini jap.” Aku memanggil Ery, kawan sekelas denganku.
“Apa dia?”
“Aku bukannya apa Ery… Tapi aku nampak kau ni macam orang kebulur dah aku tengok.” Idea jahat dah tiba!
“Aku? Aku kebulur? Kau ni kena pakai spec la Yana!”
“Dah la, aku tau kau lapar kan? Nah kau ambik ni. Pergi makan jauh-jauh.” Aku menghulurkan kotak donat tadi kepada Ery. Tanganku menghalau Ery seperti menghalau kucing.
“Ehh… aku ta…” belum sempat Ery membalas aku sudah memotong.
“Tak de pape la Ery. Sama-sama. Daaaa…” aku menarik tangan Hani dan Laila menuju ke arah bas meninggalkan Ery yang terpinga-pinga keseorangan.
“Kau ni jahat betul la Yana. Yang kau pergi paksa dia tu kenapa?” Hani menunjukkan riak tak puas hati.
“Dah tadi kata tak nak membazir. Aku ‘sedekah’ la kat Ery tu. Dapat jugak pahala.”
“Pahala tuk janggut kau!”
“Dah la, jom naik bas.”
___________________________________________________________
“Bertindak dengan pantas! Cepat! Terhegeh-hegeh lagi kat dalam tu kenapa?” Encik Razlan bersuara tegas. Sudah sampai ke destinasi yang dituju. Kalau lagi sepuluh minit aku duduk kat dalam bas ni mau terbakar punggung aku dibuatnya.
Aku turun dengan membawa begku. Takde la banyak sangat, ada satu beg baju + beg sandang aku dengan sleeping bag yang dah tak muat masuk kat dalam beg baju. Terpaksa la pegang.
“Yana! Tolong aku!” jerit Laila dari jauh. Mak bapak kau! Bawak beg banyak-banyak buat apa?
“Ape ke hal kau bawak beg bapak banyak ni? Beg branded segala lagi kau bawak. Kau nak berniaga ke hape?”
“Dah barang aku banyak, aku bawak la tiga beg. Tolong aku angkat satu.” Laila buat muka kesian.
“Kau ingat kita nak pergi hotel lima bintang ke hape? Kita ni nak camping cik Laila oii! Mana ada orang bawak beg banyak-banyak pergi camping!
“Kau bukannya nak cakap kat aku!”
“Benda ni tak payah cakap. Pengetahuan am la ngok!” aku mengetuk kepala Laila. Sebuah beg Laila aku ambil. Kesian tengok dia angkat sesorang.
“Thanks Yana. Sayang kau lebih!” Laila tersenyum. Aku terus melangkah pergi. Kat mana diorang ni nak pasang khemah hah?
“Want me to help you?” Daniel bersuara. Ish dia ni! Kat mana-mana mesti ada muka dia. Pasang hantu ke hape?
“No, it’s okay.”
“Give me that.” Dia merampas beg bajuku. Aku hanya mendiamkan diri. Nak berebut? Buat malu kat orang je la.
“Guys, berkumpul.” Encik Razlan separuh menjerit.
“Bak balik la beg tu. Saya bawak. Saya nak pergi sana.” Aku meminta balik beg bajuku. Dia beri tanpa banyak soal.
“Okey, semua dah berkumpul?” Encik Razlan bertanya. “Ada sesiapa yang sesat?”
“Semua dah berkumpul.” Entah dari mana datangnya suara itu. Malas nak ambik tau. Yang aku tau nak mandi sekarang ni. Dah berpeluh sakan badan aku ni!
“Sekarang ni pelajar perempuan punya port dekat sebelah kanan saya. Perempuan sahaja! Saya tak tau pulak kalau ada pondan dekat U ni!” Encik Razlan bersuara tegas. Ada yang tergelak kecil.
“Sebelah kiri ni pulak port lelaki. Perempuan dilarang masuk! Saya akan buat satu garisan dekat tengah-tengah sini.”
“Okey, sekarang ni kamu semua boleh pasang khemah masing-masing. Sebelum tu cari partner sekhemah kamu dulu. Satu khemah hanya boleh ada dua orang. Saya dah sediakan khemah kat sana, awak semua pergi ambil sendiri.” Encik Razlan menunjukkan jarinya ke arah khemah.
“Yana, aku nak satu khemah dengan kau, boleh? Hani dengan orang lain.” Laila membuat muka kesian.
“Aku no hal je. Jom pergi ambik khemah.” Kakiku meluru ke arah khemah yang berimbun-timbun. Nak kena rebut khemah yang cantik-cantik ni!
Tanganku memilih-milih khemah yang ada. Aku memberi isyarat supaya Laila mencari di bahagian sana. Kena cari yang elok-elok. Maunya dapat khemah yang zaman Tuk Kaduk punya… eiii…. tak nak aku!
“Ish! Mana khemah yang cantik-cantik ni?” tanganku masih ligat mencari khemah yang sesuai dan selesa. Hah! Ni dia! Perfect! Bila tanganku baru nak ambil khemah tadi, tiba-tiba ada orang pegang dulu. Nak tarik dari aku pulak tu!
“Wehh, aku yang pegang dulu ni!” Aku cuba menarik balik khemah aku. Khemah aku ke? Kalau ikut logik, memang khemah aku sebab aku yang pegang dulu. Ya! Memang khemah aku!
“Kepala kau! Ni khemah aku dulu!” suara garau yang pernah menyakitkan telingaku dulu. Bukan dulu je! Sampai bila-bila akan tetap menyakitkan telinga aku!
“Kau ni memang tak pernah puas hati dengan aku, kan? Semua benda aku punya semua pun kau nak!”
“Ikut suka hati aku la! Kau sibuk pehal?”
“Aku sibuk sebab ni khemah aku!” aku menarik khemah tadi dengan kuat. Hahaha… dapat jugak khemah ni kat aku!
“Kurang ajar punya pompuan!” dia menjerit kuat. Aku pekakkan telinga. Dah tak larat nak bergaduh dengan mamat sewel tu.
“Jom blah Laila. Aku cari port baik punya nanti.” Aku mengajak Laila mendirikan khemah. Aku perlu mandi! Aku dah panas dah ni!
“Ermmm… Yana…” Laila memanggilku.
“Apa kebendenya?”
“Aku… aku… aku tak reti pasang khemah!” Laila malu-malu. Patunya dah tua bangka macam ni harus reti pasang khemah dah. Dia ni pulak yang tak reti.
“Nasib kau baik la hari ni. Takde hal la. Setakat pasang khemah, kat hujung jari aku ni je!” hahaha… nak belagak la tu Yana!
“Meh sini tolong aku keluarkan benda kejadah ni dulu. Lepas tu aku pasangkan.” Aku meminta tolong Laila.
_____________________________________________________
“Siap! Kacang putih je pasang khemah ni!” aku mengelapkan tanganku yang berpasir pada baju. Sangatlah bagus Encik Razlan pilih tempat. Betul-betul depan sungai. Bukan main sejuk dah sekarang ni!
“Terer la kau Yana. Kalau aku nak pasang khemah, tunggu tujuh hari tujuh malam pun belum tentu siap lagi!”
“Tu la kelebihannya kalau selalu pergi camping. Benda ni asas je. Kalau kau rajin pergi camping, nanti kau pandai la nak pasang khemah!” aku cuba menarik minat Laila untuk berkhemah lagi.
“Yelah kan… nanti aku nak selalu-selalu pergi campinglah!”
“Wei Laila… kau tak nak mandi ke? Aku nak mandi la. Badan aku dah melekit gila dah ni!” aku mengajak Laila untuk mandi. Kalau tunggu lama lagi, ramai oranglah yang boleh bau aku yang ‘harum semerbak’ dah ni. Minyak wangi pun dah hilang kesannya.
“Tu la pasal. Aku pun nak mandi jugak. Jom pergi ajak Hani.”
“Tak payah nak ajak. Kat sebelah ni je pun!” aku melangkah ke arah khemah Hani yang berada di sebelah kananku.
“Woi Hani! Jom pergi mandi. Aku dengan Laila nak pergi dah ni!” aku memanggil dari luar khemah. Skema betul budak ni! Awal-awal lagi dah duduk dalam khemah.
“Kejap. Tunggu aku. Aku nak geledah baju aku kejap!” Hani bersuara dari dalam. Aku kembali ke khemah untuk mengambil kain tuala. Laila juga begitu. Cuma dia membawa baju juga. Aku hanya mendiamkan diri.
“Dah. Jom blah!” Hani sudah pun keluar dari khemah.
“Bilik airnya mana Yana? Aku tak nampak batang hidung bilik air pun!” Laila merungut. Bilik air pun ada batang hidung ke? Batang paip ada la!
“Tu la kau! Buta sangat apa kes? Tu kat depan bukan main besar bilik airnya, pun kau tak nampak jugak?”
“Kat mana? Cakap betul-betul la! Aku tak tau kat mana ni!”
“Tu hah! Kat sana tuh!” aku menjuih-juihkan bibir. Dalam hati dah tak tahan nak gelak. Mesti terkejut beruk punya buadak dua orang ni!
“Mana?” Laila sudah naik juling bijik mata mencari bilik air.
“Kau sungai depan tu la ngok ngek! Hahahahaha…” aku ketawa kuat. Hani dan Laila sudah buat muka berkerut. Sampai pucat-pucat mukanya.
“Hah?! Gila ke mandi dekat sungai ni? Ramai orang la!” Hani bersuara kuat. Mukanya masih berkerut.
“Kena la tanya dengan Encik Razlan dulu boleh mandi ke tak. Aku dah tak sabar-sabar nak mandi dah ni! Dah lama tak mandi sungai! Best wooo…”
Aku, Hani dan Laila melangkah ke arah Encik Razlan. Hani dan Laila tak habis-habis menyumpah-nyumpah.
“Encik Razlan, kiteorang nak mandi. Boleh tak mandi kat sungai depan tu?” aku meminta kebenaran. Tak boleh la buat suka hati je. Maunya lagi ada ramai budak laki kat sini. Buat naya je tu!
“Ermmm… kejap ye.” Encik Razlan berdiri.
“Okey, girls semua berkumpul dekat sini.” Encik Razlan mengarah. Semua pelajar perempuan berkumpul depan dia.
“Kamu semua boleh mandi sekarang. Takpe, jangan risau. Saya akan bawak semua pelajar lelaki pergi dekat hujung sana tu. Semua tenaga pengajar wanita akan menjaga kawasan ni. Tapi, kamu boleh mandi selama dua puluh minit sahaja. Selepas dua puluh minit, semua pelajar lelaki akan datang ke sini balik. Itu masalah awak kalau diorang semua nampak, ye.” Panjang lebar Encik Razlan menerangkan. Yang lelaki semua dah buat muka gatal. Bongok!
“Okey, boleh pergi sekarang.” Semua pelajar kembali ke khemah. Mengambil kain tuala mungkin.
“Dah, korang pergi simpan dulu baju tu. Aku tunggu kat sini. Aku nak terjun terus dengan baju ni. Malas nak salin kain batik segala.” Hani dan Laila hanya menurut. Kaki mereka melangkah ke arah khemah maing-masing.
“Dah, jom mandi.” Hani bersuara setelah menyimpan baju.
“Yahoo!” aku terus melompat ke dalam sungai selepas membuka tudung. Air memercik kena pada Hani dan Laila.
“Yana!!!!” serentak Hani dan Laila menjerit. Hehehe…
______________________________________________
Selesai mandi, aku mengelap badan yang basah. Hani dan Laila masih marah lagi. Ala, kejap lagi baik la tu. Aku masuk ke dalam khemah untuk menyalin baju. Lagi lima minit. Baik cepat-cepat tukar sebelum diorang datang.
Selepas memakai baju, aku mencari-cari tudung aku. Kat mana pulak tudung aku ni? Berjalan sendiri ke? Bila masa tudung aku ada kaki? Zip khemah kubuka untuk mencari Hani dan Laila. Mana tau diorang nampak.
“Hani, Laila, nampak tudung aku tak? Aku lupa la aku letak kat mana.” aku bertanya sejurus zip khemah dibuka.
Mak kau! Cepat bebenar diorang ni sampai! Semua budak lelaki sudah tersenyum-senyum. Kain tuala yang masih berada di bahu terusku tarik sehingga menutup bahagian rambut. Mana pulak perginya tudung aku ni?
“Wei korang, nampak tudung aku tak?” aku bertanya kepada Hani dan Laila.
“Mana aku tau. Tadi beria sangat terjun cepat-cepat siapa suruh?” Laila membalas.
“Woi minah-minah! Cepat la sikit. Kiteorang di sini pun nak mandi jugak.” Suara sumbang seorang lelaki menusuk telingaku. Suara siapa lagi kalau bukan suara jantan yang tak habis-habis nak gaduh dengan aku!
“Sabar la bongok!”
“Tak puas mandi lagi ke? Nak join kiteorang mandi sama?” dia masih menyakat. Mukaku sudah merah padam. Hah! Tu dia tudung aku! Kat atas batu sana!
Aku segera mengambil tudungku.
“Nak mandi sangat kan? Ambik kau!” aku menolak tubuhnya sehingga dia terjatuh ke dalam sungai. Ambik kau!

BUDAK DRUM!!
POSTED ON: Thursday, August 26 @ 10:20 PM | 0 comments

best-best-best!! awak tak sombong.
tapi saye kene marah balek ngn awak sebab
awak cakap saye sombong.. * saye fulakk yang kene? huhu
tapi tak ape saye terima. walaupon saye marah.
hati tu sukee. *ngade-ngade betoll. haha
saye dah seminngu lebih tak tegor awak , wan , fikri , syahmi.
mintak maaf eh. kan minggu exam =).
tapi dalam mase yangg same tak ada mood nak tegor sape-sape.
tapi bile kawan-kawan tanye nape tak tegor korang.
saye bgtau laa. tapi saye fulakk yang kene balik.
mereka kata tak baek wat mcm tu. ''sian diorang''. huhuu
pelik jelaa korang. saye ade sebab. awak semua tau ke?
oklaa. salah sayee. saye terima. diorg betoll.
saye kene tegor awak dulu yee?
kawan-kawan saye semua beckup awak.
grrr jeless laa. kalau cite fasaal awak mesti saye yang kene balek.
yelaa. saye sedar salah sayee.
saye sombong, berlagak, taknak tegor awak, tak nak cakap dengan awak.
awak tetap baik dengan saye =). puas tak? hehe

COVER MALU ^_*^
POSTED ON: Wednesday, August 25 @ 8:08 PM | 0 comments
hahaa. tadi-tadi-tadi. maluu. ngee. terjatuh ouh. dah laa tak pandai nak cover kann.korang pernah dimalukan tak? tak kesah laa dengan sape-sape atau korang sendirii.?.
tadi jumpe tips-tips nie =).
1.Kalau tersepak batu:
Jangan terus bangun, sebaliknya kamu baring dan terus
berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai.
Bila sudah tiada yang nampak, barulah bangun.
2.Kalau terjatuh basikal:
Cepat-cepat naik basikal kamu semula dan buat-buat jatuh
sehingga berkali-kali supaya orang ingat kamu sengaja buat lawak.
3.Kalau terjatuh tangga:
Terus bersilat seolah-olah kamu dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.
4.Kalau terjatuh dalam longkang:
Pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka kamu seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.
5.Kalau jatuh ketika naik bas:
Jeritlah kuat-kuat "Oi! Apa ni tolak-tolak orang?"
walaupun sebenarnya tiada orang di belakang kamu.
6.Kalau terjatuh di depan perhentian bas:
Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang yang membantu kamu.
Kalau tak ada yang membantu baring terus sampai malam
sehingga tiada seorang pun yang tinggal di perhentian bas itu.
Inilah masa yang paling tepat untuk kamu bangun semula.
7.Kalau tergelincir di lantai licin:
Tariklah kawan-kawan atau sesiapa yang ada di sebelah
kamu untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah kamu
seorang sahaja yang dapat malu. Ye tak?!!hahaa.

HON KENDERAAN
POSTED ON: Tuesday, August 24 @ 7:44 PM | 0 comments

1 x HON PENDEK - pemandu tu cakap "HAI"
2 x HON PENDEK - pemandu tu cakap "TERIMA KASIH" atau "JUMPA LAGI"
3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau xreti2 nak jalan)
1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa dorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan.
2 x HON PANJANG - pemandu tu marah "HOI!!!... BODOH XDER OTAK KE"
4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap
"TILAM! TILAM!... TILAM LAMA TUKAR BARU.. TILAM!... TILAM!"
sayee rasee...
POSTED ON: Monday, August 23 @ 3:28 PM | 0 comments

dah tak sayaangg kat awak.
mule menyampah kat awak.
mule rase meluat tengok awak.
rase nak sepak-sepak je awak nie.
macam kesian laa fulakk.
macam terhegeh-hegeh jelaa.
awak bagi harapan tapi macam ape je.
saye tak sesuai untuk awak.
saye memang tak layak untuk awak.
saye tahu nape awak segan.
saye tahu kenape awak macam itu.
saye faham ape perasaan awak.
awak patut jangan layan saye dah.
saye tak patut tegor awak macam selalu.
saye patut tak pedulikan awak.
saye patut buat tatau kat awak.
saye tak perlukan awak.
awak tak payah misscall saye lagi..
awak jangan hantar msg dah.
saye tak akan balass ape-ape yang awak bagi kat sayee.
awak nie suke sakitkan hati orang lain.
awak bukan untuk sayee.
saye membazirkan mase saye untuk awak.
SPM tu lagi baguss dari awak.
saye tak kesah dah fasall awak.
saye ade kawan-kawan saye .
saye akan cube buang perasaan saye kat awak.
saye mule kurang sayangg kat awak.
MACAM MANE??

trial SPM!
POSTED ON: Tuesday, August 17 @ 10:37 PM | 0 comments
jarang online mulai esok sehingga 3 september 2010.trial lame kan? 3 minggu kan?
ouh trial. lamenyee kamu.
sila cepatkan.
saye bosan menghadap paper tu hari-3 laa.
tapi sayee kene jawab kerana markah tu nanti nak hantar kat JPN.
secara online lagi.. ouh!!!

tak boleh malass . kene rajin. engat!! nak SPM nurnadia.
jangan lupe daratan. jangan ber foya-2 lagi.
jangan-3 dan jangan! ok? ngee. mampu kee? insyaAllah :)
kene kurangkan online facebook. kene kurangkan update belogg.
kene kurangkan merayap ke tempat-2 tak berfaedah.
seperti cyber cafe, lepak-ing etc. *boleh kee pun ?
ouh belogg. saye akan jarang update awak. mintak maaf taip yang ini.
tapi SPM sayee lagi penting dari awak.
jangan sentap yee belogg?? *sengal jee kan? hahaaa
GOOD LUCK!! =D

siapa saya ?
POSTED ON: @ 7:42 PM | 0 comments

tiap hari kian berlalu..
semakin sukar kita bertemu.
resah membara menguris kalbu..
tiap detik membakar rindu.
mungkinkah kau semakin jemu.?

dengan setiap tingkah laku ku.
aku disini setia menunggu

walau kilat menyambar jejakku,
walau hujan membasahi tubuhku

tetap aku akan tunggu khabar darimu.
namun akhirnya ku sedar sesuatu.
siapalah aku di sudut hatimu.

* hahaa. jiwang bukan?? =)

saye dapat rasakan yang...
POSTED ON: Monday, August 16 @ 12:00 AM | 0 comments
saye tak layak untuk awak laa. saye rase awak bagi harapan tinggi setinggi gunung everest kat saye laa.tapi saye rasa awak macam mainkan perasaan saye laa.macam mane ini? itu yang saye rase tapi dalam mase yang same saye gembira.

awak.
POSTED ON: Saturday, August 14 @ 2:46 AM | 0 comments

Lelaki EGO!
POSTED ON: Friday, August 13 @ 8:33 PM | 0 comments
Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”
Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.
“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”
tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.
Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.
Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.
Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.
“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”
Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,
“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”
Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.
Aku bisikkan ketelinganya,“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.
“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.
Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.
Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.
Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.
“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.
Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.
“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.
“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.
Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!
Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.
Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.
Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.
Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.
Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.
Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

ALHAMDULILLAH :)
POSTED ON: Wednesday, August 11 @ 7:53 PM | 0 comments
selesai sudah puasa satu hari pada 1 ramadhan 2010. =). ouh best! macamacam dugaan datang melimpah ruah puasa taun nie. tak macam taun lepass. grrr. penat laa. hahaaa.
penat sebab kat sekolah tadi asyik gelak , memekak , mengelejat dan macamacam laa mende-2 yang budak-2 kelas ni buat sampai dah sakit perut nak gelak.
macam orang tak puasa jeee kan? tapi siyess. tadi tak terasa pon macam puasa. tapi tak bermakna laa minum dan makan laa. ahahaaa.
dengan azhar dengan bee lai nyeee. adoii sakit perot. macam couple sajee laa. cikgu-2 pon dah tak larat nak marah azha sebab dea memang macam itu. hohoo..
ngeee.. tadi semua budak-2 kat dalam kelas tu pelik-2 jee perangai. harini hari masuk aer kee? dengan cikgu razali pon sekali. hahaa. lawak jelaa.
sape yang mule dulu tak betol otak dea? mule-2 azhar, wan, syahmi diikuti dengan fikri , myraa, ina, lai, arip , ihtia , intan , mai last sekali cikgu razali.
aesh! macam mane syahmi boleh ada gambar aku? haeee. mule-2 tak perasan tapi tadi bile lepak ngn fikri. fikri tengok dea punye mp4 tu. ada nampak gambar aku. fikri siap cakap dea angaukan budak tu sambil tunjuk gambar aku.
adoiii. syahmi-3! jangan buat fasaal. kang awek dea tau habiss aku. dah laa malss nak gadoh dengan geng-2 batu api tu. buat dosa jee bulan puasa niee.. dan dah penat gadoh dengan budak kelas. macam apee je perangai.
tadi lepak dengan wan dan fikri. ouh tersasul bilee aku cakap kat wan nanti bile da bkk kedai muzik, nak beli instruments drums, keyboard, guitar. hahaa. kene pangkah sebab sebut perkataan drum dulu. *ada kene mengena dengan budak tu. haeee. habis kene pangkah. siap cakap nanti nak hadiahkan untuk dea laa tu. sengeet betol budak-2 ni. tak terfikir pon laa. sekeh jee. haha.
dengan name-tag aku hilang umi buat. aesh. macamacam laa. penat tauk! tapi tak pe. bersabar sebab budak-2 kelas memang macam ini.. fikri kata kalau tensen datang laa kelas 5 YAKEN nie. hahaa. tak boleh belah betol laa diorang niee.. kat kelas tu kalau kene pangkah harus terima dengan hati yang terbuka. haha
tapi. bile cerita pasal drum tadi kan..... teringin nak blaja maen drum haa. heee. *angan-angan.

mari share-2 lagu :)
POSTED ON: Tuesday, August 10 @ 9:26 PM | 0 comments
Something Bout Love – David ArchuletaEvery night it’s all the same
You’re frozen by the phone
You wait, something’s changed
You blame yourself every day
You’d do it again
Every night
There’s something ’bout love
That breaks your heart
Whoa oh oh oh
It sets you free
There’s something ’bout love
That tears you up
Whoa oh oh oh
You still believe
When the world falls down like the rain
It’ll bring you to your knees
There’s something ’bout love that breaks your heart
Whoa oh oh oh…
But don’t give up
There’s something ’bout love
When you were young
Scared of the night
Waiting for love to come along
And make it right
Your day will come, the past is gone
So take your time
And live and let live
There’s something ’bout love
That breaks your heart
Whoa oh oh oh
It sets you free
There’s something ’bout love
That tears you up
Whoa oh oh oh
You still believe
When the world falls down like the rain
It’ll bring you to your knees
There’s something ’bout love that breaks your heart
Whoa oh oh oh…
But don’t give up
There’s something ’bout love
Don’t fight
Don’t hide
Those stars in your eyes (in your eyes)
Let em’ shine tonight
Let em’ shine tonight
Hang on
Hang in
For the ride of your life
It’s gonna be alright
Hold on tight
There’s something ’bout love
That breaks your heart
Whoa oh oh oh
There’s something ’bout love
That breaks your heart
Whoa oh oh oh
It sets you free
There’s something ’bout love
That tears you up
Whoa oh oh oh
You still believe
When the world falls down like the rain
It’ll bring you to your knees (to your knees)
There’s something ’bout love that breaks your heart
Whoa oh oh oh…
But don’t give up
There’s something ’bout love
Whoa oh oh oh..
Set’s you free
There’s something bout love
That tears you up
Whoa oh oh oh
You still believe
When the world falls down like the rain

esok PUASA ^_^
POSTED ON: @ 9:05 PM | 0 comments
tidak sabar-3 nak puasa nie. yeay!!!!!!!!
huaaa. nanti akan berjumpe dengan makanan di tepi-2 jalaan.
walaupon tak elok. tengok jee da macam terliur.
tak percaye tunggu esok. adoii.
tapi mama kataa,,, kalau da niat tu kan tak adanyee nak lapar-3. hehe =)
betol tak?? mesti betul punyeee.heee. boleh kan-3. THUMB UP ^__^.
esok tak boleh hyper active macam tadi ngn semalam.
mesti tadi macam ada orang kutok sebab mengelejat jee.
hahaaa. peduli ape tadi. diorang bukan ini budakk macam mane.
mengelejat tu ape?? macam budak-3 laa sikit. eh! banyak. hoho
semalam kene pangkah ngn azhar. adoii malu.
dah laa dea tu tak berape nak betol dari minggu lepass.
tetapi dea tetap penceria dalam kelas tu. bile dea tak datang macam sunyi jee .
*ape lari niee. haha. kejar balekk!! =D
bulan puasa. balik kul berape?? macam biasa kul 2.00.
adoii penat . dah laa balek naek bas .
teacher fizik pon cakap kesian kat kiteorang sebab balik mcm biasa. LAMBAT.
hari isnin dan selasa balik 2.40. fuh!! mmg penat laa kan.
tak pelaa. nak buat macam mane. berkorban sikit. huhuu
tahun last kan. mesti laa kene hadapi saat-2 persekolahan macam nie.
mane tahun depan tak merasa dah alam persekolahan. yeke?? heee ('o,-)

ape-2 pon. tidak sabar nak pergi bazar ramadan nie. depan sekolah jee nie.
terus fly pergi sane niee.
* ada sayap ke pon nak fly peri bazar? hahaa. aesh minah nie.
tadi paan tak datang. adoii. ntah papee jee. penat kot g kampar.
tahu sajee kan? heheee. main teka jee nie. =O
macam main teka kacang tu. haha
tapi nape semua tanye nie? macam laa duduk serumah dengan dea. haee.
maaf laa. harini tak ada mood sangat nak tegor semua orang. hee.
sopiee touching sebab tak nak tegor dea.
maaf sopiee. malaas nak tegor sape-2. tatau nape.
takpe-3. memandangkan esok 1st puasa. akan tegor semua orang kat sekolah tu.
kalau terserempak ngan budak-2 laa esok hari. ok sayang-3 sayee ??


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN!!
POSTED ON: @ 4:39 PM | 0 comments

mungkin kah tahun ini puasa penuh??
semoga puasa penuh. AMINN =D

malunyee =.='
POSTED ON: Monday, August 9 @ 7:21 PM | 0 comments
tadi tadi tadi!!! ngeee.hari yang mengembirakan.
kan best kalau ini semua macam dulu??
seperti kata-2 asward tadi?
kan best bende tu terjadi lagi?
tanpa ada perasaan malu, segan macam dahulu??
cepatnyee masa berlalu

tolonglaa kembalikan saat seperti dahulu.
pelisssssss ! mengharap sangat.

tapi macam itu semua mimpii jee kan??
nadea : yee asward =)
itu budak senyum kat sayee.
sayee balas senyuman itu dengan hati yang

ooh!! SUKE SANGAAT~! hahaa. gedik bukan? .
dalam hati jee :). depan-2 tidak berani. MALU!
asward : nad nak tanyee laa?
nadea : ape dea?
asward : nad ada couple ngn budakk f4 ke?
*dea tanye depan itu budakk.
nadea : huh??? sape cakap??

asward : xdalaa tanyee jee. =)
ada jee satu suara tanyee.
asward : nad sygg ini ____ tak?
nadea : .....
asward : ko plak ____?? xsayaang nad ke?
____ : ape niee tanye soalan cmni. huhu
asward : nape korg nie haa? nape x macam dulu?
nape masing-2 buat hal cmni? korg nie nape?
nad x kesian kat paan ke??
nadea : =).
asward : ko plak. napee xlayan nad dah?
____ : mane laa aku tau. ko tye laa deaa.
* nadea plak yang kene? adoii
asward : haa nad! dea soh aku tanye ko. nape??
nadea : hanya diam x berkata apa-2.
asward : nape org x macam dulu? turun rehat same-2,
balik sekolah same-2. lepak same-2.
selalu meseg, selalu g mane-2 same-2.
nape korg x camtu dah sekarang?
nape sekarang dah laen?
masing-2 wat hal laen? nape korg nie?
korang gadoh yee? gadoh?
____ : nape ckp cmtu?
asward : xdalaa. aku suke korg yang dulu.
ramai orang suke. wan, fikri lagi ramai-3!.
* eh!! yekee?? wah. terharu! haha
then sebabkan malu niee. terus naek atas. huhuu
tapi x perasan fulak time tu itu budakk ikot sayee dari blakang.
ingatkan asward. bilee pandang blakang. rupenyee dea.
time tu asward kat bawah.
asward : tengok!!! korang sweet laa. nape korang x couple jee?
adoii!! korang nie nape?
____ : adoii. jalaan pon x leh. pasni aku xnak jalan dah ngn ko.
nadea : huhuu. apenyee? mane tau dea blakang aku?
*sambil kami berjalan nak pergi ke kelas asward bebel lagi.

adoii adoii adoii. asward nie napee yee?
napee tibe-2 cakap cmtu?
itu budak suruh dea cakap cmtu yee?
supaya sayee yang mulekan semua chapter,
hari-2 kan. kene mulekan dulu kan.
macam itu kan?
nak macam itu kan?
ok awak =). demi itu pacekk drummer. saye buat ^__^
nak macam itu kan? suke kan?
yang pelik. macam mane dea boleh tau?
dea boleh tahu ape yang terjadi?
itu budakk cerita yee?
maybee. sebab dea kan rapat ngn asward.
tapi?? betol kan ape yang dea cakap tu?
kan best kalau macam dulu? kan?
dulu yang macam apee je perangai masing-2.
xda perasaan malu dan segan.

kalau boleh putar balik. kan best! huhuuu.
tetapi sekarang macam syok sendiri jee.
betul ka?
walaupon dea hari-2 senyum, hari-2 tegor.
walaupon kawan-2 rapat dea selalu cakap yang ____.
tetapi macam angan-2 jee.
macam x percaye dan x mungkin jee bukan syok sendiri.
entahlaaaa.

hanya dea saje yang tau isi hati dea :)
tengss awak buat macam ini.
even kite x rapat macam dulu. awak buat saye happy dgn tingkah laku awak.
*LAI KATA DEA COMEL!! AWW! HAHA
